Tablet ini membawa spesifikasi tinggi dan berkuasa serta merupakan tablet pertama yang mempunyai rekaan kamera berlubang.
Bermula dengan skrin, ia mempunyai saiz 10.8 inci AMOLED, resolusi QuadHD (2560x1660) dengan nisbah 16:10. Kamera swafoto yang direka berlubang itu pula mempunyai lensa 8MP manakala kamera belakang hanya satu lensa sahaja dengan 13MP.
Tablet ini dijana oleh Kirin 990 yang dipadankan dengan 6/8GB RAM serta 128/256GB storan dalaman. Dari segi perisian, ia menjalankan EMUI 10 yang berasaskan Android 10 dengan sokongan GPU Turbo 3 untuk prestasi permainan yang dipertingkatkan. Tablet ini bagaimanapun tidak mempunyai sokongan servis Google rasmi sepertimana kebanyakan peranti Huawei yang lain.
Bateri tablet bersaiz 7,250mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W Huawei SuperCharge dan juga pengecasan tanpa wayar 15W. MatePad Pro juga boleh mengecas peranti lain juga tanpa wayar selaju 7.5W.
Bersama-sama dengan tablet, Huawei turut memperkenalkan aksesori stylus M-Pen yang menyokong sehingga 4096 sensitiviti tekanan. Namun ia dijual berasingan dengan tablet. Tablet juga mempunyai tetapan 4 pembesar suara yang diharmonikan oleh Harman Kardon.
MatePad Pro mempunyai 2 versi. Satu dengan rangkaian WiFi sahaja, satu lagi dengan sokongan LTE. Terdapat juga versi 5G yang bakal diperkenalkan pada suku pertama 2020 nanti.
Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Huawei MatePad Pro dijual di China bermula pada harga CNY3,299(~RM1,959) hingga CNY4,499 (~RM2,672) untuk versi tertinggi dengan LTE. Setakat ini masih belum kedengaran lagi untuk tablet ini di pasaran luar dari China.
Berkaitan
- Walaupun Ketiadaan Servis Google, Ini Sebab Huawei Masih Boleh Bertahan
- Huawei P40 Pro Bakal Gunakan Sensor Kamera Paling Besar Setakat Ini
- MKBHD Sebenarnya Sudah 2 Minggu Gunakan OnePlus 8 Pro Yang Belum Lagi Dilancarkan
- Pengasas Huawei Mahukan HONOR Jadi Pesaing Terhebat Dan Atasi Huawei Sendiri
- Rangkaian Yoodo Sukar Diakses, Kini Dalam Proses Baik Pulih
- (Ulasan) Huawei Mate 40 Pro - Iterasi Pakej Telefon Pintar HMS Terbaik Setakat Ini
- Muslim Pro Kini Berdepan Saman Oleh Pengguna Di Perancis Atas Isu Perkongsian Data
- Redmi Note 9 Pro 5G Bakal Dijana Cip Snapdragon 750G, LCD 120Hz, Dan Kamera 108MP
- Huawei Matebook X Pro Diumumkan Dengan Cip Intel Gen-10 Terkini
- CEO OnePlus Sahkan Tiada Model OnePlus 8T Pro