Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mac 28, 2020 oleh Helmi Samsuri

Walaupun pasaran tablet tidak serancak beberapa tahun dahulu, permintaan untuk peranti terbabit masih lagi ada. Bagi memenuhinya, Huawei Malaysia bakal membawa masuk Huawei MatePad Pro.

Melalui perkongsian di laman Facebook Huawei Malaysia, peranti terbabit akan dibawa masuk tidak lama lagi. Berkenaan dengan spesifikasi, MatePad Pro tampil dengan skrin LCD berkeluasan 10.8 inci. Pada bahagian hadapan, terdapat juga rekaan berlubang pada penjuru yang menempatkan kamera 8MP f/2.0. Kamera talaan belakang pula menggunapakai lensa 13MP f/1.8 beserta fungsi flash.

Bagi sistem memori, MatePad Pro ditawarkan dengan RAM sehingga 8GB serta ruang simpanan sehingga 512GB. Ia dimuatkan dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi daripada Huawei iaitu Kirin 990 dengan GPU Mali G76.

Peranti dibekalkan bateri dengan kapasiti 7250mAh yang mana ia menyokong pengecasan melalui port USB-C

Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Mempunyai empat pilihan warna iaitu Pearl White, Midnight Grey, Orange dan Forest Gree, harga jualannya masih belum didedahkan lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY