Tablet ini menampilkan paparan OLED berukuran 12.6-inci bersama resolusi 2560 x 1600 piksel dan menyokong penggunaan stylus.
Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 9000E, memori RAM 8GB dan storan 256GB serta bateri berkapasiti 10,050mAh.

Matepad Pro juga dilengkapi dengan sistem 3 kamera di bahagian belakangnya iaitu lensa 13MP, lensa sudut lebar 8MP dan TOF 3D.
Manakala kamera hadapan pula menggunakan lensa 8MP dengan sokongan rakaman 1080p.
Secara keseluruhan, HUAWEI Matepad Pro adalah sebuah tablet yang berkuasa, ringan serta berkualiti.
Jadi, dari aspek fizikalnya, rekaan, keselesaan memegangnya serta kuasa yang disampaikan oleh cip Kirin 9000E adalah sangat memuaskan.

Tetapi, jika anda mengharapkan peranti dengan sokongan servis Google, ini bukanlah peranti untuk anda.
Ini kerana , HUAWEI Matepad Pro menggunakan sistem operasi terbaru yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI iaitu HarmonyOS 2.0.
Jadi nak dapatkan aplikasi-aplikasi yang anda sedia gunakan dan mudah dimuat turun dari Google Play Store, mungkin sedikit sukar untuk anda dapatkannya dari HUAWEI AppGallery.

Sebagai contoh, aplikasi-aplikasi seperti Facebook, WhatsApp dan permainan-permainan atas talian seperti PUBG dan Mobile Legends serta lain-lain memang tiada ditawarkan dalam stor HUAWEI AppGallery.
Jadi, apa yang boleh disimpulkan selepas pengalaman menggunakan HUAWEI Matepad Pro ini?
HUAWEI pastinya menyasarkan pengguna utama Matepad Pro ini adalah pelanggan tegar mereka yang sudah biasa menggunakan ekosistem HUAWEI.
Tetapi jika anda mahu mencuba sesuatu yang baru, merasai sendiri pengalaman menggunakan tablet dengan sistem HarmonyOS, HUAWEI Matepad Pro mungkin boleh difikirkan anda.

Cuma jika anda masih bergantung harap dengan pelbagai servis Google untuk aktiviti dan kerja-kerja rasmi harian anda, HUAWEI Matepad Pro bukanlah tablet yang sesuai kerana ia akan memerlukan masa untuk anda berhijrah dari satu ekosistem ke satu ekosistem yang berbeza sama sekali.
Tetapi jika anda berani mahu mencuba, HUAWEI Matepad Pro 12.6 boleh dimiliki pada harga RM3,999.00.
https://www.youtube.com/watch?v=san4YOj-ufw
Berkaitan
- Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Berharga Dari RM1,699.00
- HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini
- Apple Menaik Taraf Perkakasan Dan Menurunkan Harga Macbook Air & Macbook Pro 13" 2019
- Versi Windows 10 Home Dan Pro Ini Akan Ditamatkan Sokongan Pada Mei Ini
- Huawei Mengumumkan 2 Juta Unit Telefon Pintar Nova 5 Telah Terjual
- Ini Harga Laptop Dan Tablet Terbaru Huawei Di Malaysia
- TM Dan Telefónica Tech Bekerjasama Membina Program Keselamatan Siber
- Pixel Watch Didakwa Menggunakan Cip Pemprosesan Yang Sudah Berusia 4 Tahun Lamanya
- Bakal Lancar Fon Telinga TWS Terbaru, Huawei Ajak Sertai Peraduan “Teka & Menang”
- ASUS Lancar Zenbook Pro 14 OLED (UX6404) Berharga RM10,999