Huawei MateBook X Pro (2020) Ditawarkan Di Malaysia Bermula 16 Mei Ini - Berharga RM7999

Huawei MateBook X Pro versi kemaskini untuk tahun 2020 telah dilancarkan di Barcelona pada penghujung Februari lalu. Untuk versi terkini laptop premium dari Huawei itu, ia tidak membawakan perubahan rekaan, namun hanya mengemaskini spesifikasi menggunakan cip terbaharu Intel Core Gen-10.



Kini, Huawei Malaysia telah pun mengumumkan penawaran laptop tersebut untuk pasaran tempatan. Ia hadir dengan paparan bezel nipis nisbah 3:2 berukuran 13.9 inci. Resolusi paparan adalah 3K dalam bentuk panel LTPS LCD.

Laptop ini hadir dengan cip Intel Core i7-10510U dan juga dilengkapi kad grafik Nvidia MX250 2GB. Dari segi memori ia ditawarkan dalam 16GB RAM dan storan pantas SSD sebesar 1TB.



Antara perkara menarik mengenai laptop adalah kamera web yang diletakkan pada papan kekunci, berat 1.33kg, tebal 14.6mm dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasanya.

Huawei MateBook X Pro (2020) ini dijual pada harga RM 7,999 dalam warna Emerald Green bermula 16 Mei 2020 di seluruh negara. Warna Space Grey akan dijual kelak dalam kuantiti terhad.



Dengan setiap pembelian, pembeli akan menerima percuma pembesar suara Huawei Sound X, tetikus Bluetooth, beg galas, dan juga Huawei Band 4.

 

 

Berkaitan