HUAWEI MateBook D 16 and MateBook 16s Dilancar, Harga Setinggi RM6,799

HUAWEI baru sahaja melancarkan MateBook D 16 dan MateBook 16s dalam acara APAC Smart Office Launch 2022 sebentar tadi.

HUAWEI MateBook D 16




Peranti ini dijana cip Intel Core i5 dan i7 gen-12 dengan storan SSD 512GB dengan storan 512GB.

Skrinnya bersaiz 16 inci Full-View dengan nisbah 16:10 dengan berat keseluruhan 1.7kg.

Ia hadir juga dengan sistem penyejukan 'shark fin' daripada HUAWEI.

Kata HUAWEI, teknologi pada komputer riba ini hadir dengan kelajuan muat turun yang dipertingkat 55% dengan lag semasa gaming dan mesyuarat video berkurangan sebanyak 57%.

Key travel pada papan kekuncinya pula serendah 1.5mm.

Menariknya, ia dilengkapi pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dalam memastikan warna dipaparkan tepat sambil melindungi mata pengguna. Pemalapan DC juga membantu mengurangkan masalah kepenatan mata.

Ia sesuai untuk kerja-kerja pejabat yang berat dan penciptaan kandungan.

Tiga varian ditawarkan:

  • 8GB + 512GB (Intel Core i5-12450H) - RM3,699

  • 16GB + 512GB (Intel Core i5-12450H) - RM3,999

  • 16GB + 512GB (Intel Core i7-12700H) - RM4,799


Klik SINI untuk beli MateBook D 16 di Shopee atau SINI untuk beli di Lazada.

Anda boleh buat pratempahan bermula hari ini sehingga 5 Ogos 2022 dengan pelbagai tawaran hadiah sehingga RM1,028.

HUAWEI MateBook 16s




Dijual pada harga RM6,799, komputer riba dini dijana cip generasi 12 Intel Core i7 juga bersama Iris Xe untuk grafik.

MateBook 16s hadir dengan RAM sebesar 16GB dan storan dalaman 1TB.

Model ini hadir dengan paparan nisbah 3:2, bezel senipis 5.2mm bersaiz 16 inci. Ia sesuai untuk para gamer dan penyunting video.

Klik SINI untuk beli MateBook 16s di Shopee atau SINI melalui Lazada.

Anda boleh buat pratempahan bermula hari ini sehingga 5 Ogos 2022 dengan pelbagai tawaran hadiah sehingga RM1,727.