Huawei MateBook 14 Bakal Tiba Di Malaysia - Dengan Cip Ryzen Siri 4000H

Huawei mengumumkan barisan terbaharu mereka dengan komputer riba MateBook 14 2020 yang dikemas kini bakal tiba di Malaysia.



Hadir dengan rekaan seberat 1.49kg dan dikuasakan dengan cip AMD Ryzen siri 4000H. Komputer riba ini ditawarkan dengan dua varian iaitu cip AMD Ryzen 5 4600H atau Ryzen 7 4800H.

Kedua-duanya dilengkapi dengan RAM 16GB DDR4 dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.



Turut menggunakan skrin bersaiz 14 inci dengan paparan IPS beresolusi 2K (2160x1440) serta nisbah 3:2.

Terdapat perbezaan pada varian Ryzen 7 dimana ia menggunakan paparan skrin boleh sentuh.



Bagi bateri, ia dimuatkan dengan 56Wh beserta pengecasan pantas 65W USB-C. Huawei mendakwa bahawa ia mampu digunakan sehingga 11 jam penggunaan.

Huawei belum mengesahkan tarikh pelancaran bagi komputer riba ini termasuk harga jualan. Namun, ia dijangka akan diumumkan pada penghujung Oktober.