Huawei MateBook 14 (2020) Ditawarkan Di Malaysia - Harga Bermula RM 3,799

Huawei sebelum ini mengumumkan bahawa komputer riba MateBook 14 yang dikemas kini bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Hari ini, secara rasminya mereka melancarkan Huawei MateBook 14 2020. Komputer riba ini dijual pada harga bermula RM 3,799.

Anda boleh membuat pra-tempah bermula 26 Oktober hingga 29 Oktober 2020 di kedai HUAWEI atau di Shopee.

Tambahan lagi, setiap pra-tempah yang dilakukan, anda berpeluang memiliki hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,177 termasuk FreeBuds 3, beg galas Huawei dan tetikus.

Mengimbas kembali, komputer riba ini hadir dengan rekaan seberat 1.49kg yang dijana cip AMD Ryzen 5 4600H atau Ryzen 7 4800H.

Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan storan 512GB SSD PCIe. Turut menggunakan paparan IPS 14 inci beresolusi 2K (2160x1440).