Huawei Mate XS Akan Dilancarkan Secara Atas Talian 24 Februari Ini

Sama seperti sub-jenama nya iaitu HONOR, Huawei juga akan melakukan pelancaran secara atas talian pada 24 Februari ini. Pelancaran yang akan dilakukan di Barcelona itu, akan memperkenalkan beberapa produk baru keluarannya.

Acara ini akan diadakan secara langsung di platform Youtube dan Facebook pada jam 9 malam.

Ura-ura mengatakan, Huawei Mate XS akan dilancarkan pada acara itu nanti. Model terbaru bagi telefon pintar boleh lipat tersebut, dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 yang menyokong sambungan rangkaian 5G. Ia juga akan dilengkapi dengan peranti pengecasan pantas yang berkuasa lebih besar iaitu 65W.

Setakat ini, tiada maklumat lebih lanjut mengenai peranti lain yang akan dilancarkan pada acara itu nanti.