Huawei Mate 9 Dilancarkan Lewat Hari Ini-3 November 2016

Walaupun acara pelancaran Huawei Mate 9 belum pun bermula tetapi beberapa butiran rasmi telah tersebar kepada umum. Telefon pintar ini akan dipertontonkan kepada umum pada acara IFA2016 yang berlangsung di bandaraya Munich, Jerman pada 8 malam waktu Malaysia.

Berdasarkan foto yang tersebar pada sebuah laman web dari China CNMO, Huawei Mate 9 mungkin mempunyai sensor pengimbas cap jari di bahagian belakang.

huawei-mate-9-renders-2

Pemproses/Sistem Operasi

Sebuah telefon 64 bit, 4-teras, 2.5GHz, Cortex A72 +4-teras, 1.8GHz HiSilicon Kirin 960 Cortes A53. Grafik Huawei Mate 9 akan menggunakan Mali-T880 MP4 dan beroperasi diatas platform Android terbaru, Nougat 7.0.

Paparan

Jika dilihat dari imej yang tersebar, Huawei Mate 9 dipasang dengan skrin sesentuh IPS LCD Capacitive berukuran 5.9 inci, resolusi 1440 x 2560 pixel dan multi-sentuh dengan 490 PPI

Storan

Seperti yang didedahkan sebelum ini, telefon ini akan menggunakan bateri yang berkapasiti besar. Turut dinyatakan, ia akan hadir dengan tiga variasi. 4GB RAM/storan dalam 64GB, 4GB RAM/ storan dalaman 12GB dan versi terakhir 6GB RAM/storan dalaman 256 GB.

Kamera

Memetik laporan dari laman BGR, peranti baru dari Huawei ini akan dipasang dengan dua kamera dari Leica yang mana masing-masing akan beresolusi 20MP dan 12 MP. Kamera belakang dikhabarkan akan dilengkapi dengan dwi-LED flash, autofokus, phase detection, Geo-tagging, fokus sentuhan, panorama, dan berupaya mengesan wajah dan senyuman. Ia juga mampu merakam video resolusi 4K.

Sambungan

Dilengkapi dengan sambungan 4G LTE/3G HSPA+, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, dwi band,DLNA, WiFi Direct, Hotspot, Bluetooth 4.2 dengan A-GPS, GLONASS dan BDS.

Bateri

Bateri digunakan pada Huawei Mate 9 berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas. Walaubagaimanapun bateri itu tidak boleh dibuka.

Butiran lain

Mate 9 dijangka seberat 185 gram dan setebal 7.9mm sama seperti Mate 8. Ia akan didatangkan dengan 4 variasi warna. Champagne Gold, Moonlight Silver, Space Gray dan Mocha Brown. Huawei juga akan menggunakan Gorilla Corning Glass v4 sebagai pelindung.

Kapsyen: Artikel ini akan dikemaskini selepas Huawei Mate 9 dilancar secara rasmi.