Huawei Mate 30E Pro Dengan Cip Kirin 990E Diperkenalkan - Mate 30 Pro Dengan Cip Berbeza

Huawei turut memperkenalkan sebuah lagi telefon iaitu varian untuk Mate 30 Pro dinamakan Mate 30E Pro di China. Dasarnya ia merupakan telefon yang sama dengan Mate 30 Pro tahun lepas cuma kali ini ia dikuasakan dengan cip sedikit berbeza iaitu Kirin 990E.

Kirin 990E bukan sebuah naik taraf utama berbanding Kirin 990 pada Mate 30 Pro tahun lepas kerana tugas tersebut telah disandang oleh Kirin 9000.



Untuk spesifikasi Kirin 990E adalah cip 7nm+ yang menggunakan 8 teras dengan 2 teras prestasi Cortex-A76 2.86GHz, 2 teras utama Cortex-A76 2.36GHz, dan 4 teras jimat tenaga Cortex-A55 1.95GHz.

Prestasi CPU ini adalah secara keseluruhan sedikit lebih pantas berbanding Kirin 990.

Tetapi pada GPU pula berbeza, Kirin 990E masih menggunakan Mali-G76, namun 2 daripadanya terasnya telah dikurangkan berbanding Kirin 990.

Spesifikasi lain telefon adalah sama sahaja dengan Mate 30 Pro sebelum ini. Ia hadir dengan skrin OLED HDR10 6.53 inci lengkung Horizon, kamera 40MP+8MP+40MP+TOF 3D, swafoto 32MP, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 40W.

Buat masa ini Huawei Mate 30E Pro hanya dijual di China sahaja.

Berkaitan