Huawei Mate 30 RS Porche Turut Diperlihatkan Dalam Acara Perasmian

Dalam acara perasmian siri Huawei Mate 30 hari ini di Munich, Huawei turut mengumumkan model Porche dalam barisan peranti mereka.



Model Huawei Mate 30 Porche mengetengahkan rekaan luaran yang berbeza dengan binaan badan daripada dua model dalam siri tersebut.

Menghimpunkan spesifikasi sama seperti versi Pro, luarannya diberi kemasan lebih premium sesuai dengan nama yang dibawa.



Rekaan luar berbeza terutama sekali pada susunan kamera dimana ia diletakkan secara petak dan bukannya bulat ditambah dengan tekstur kulit merah sehingga ke bawah.

Melengkapkan lagi gaya elegan panel belakang tersebut adalah logo Porsche ditengah-tengah dan perkataan Huawei dibahagian bawah.





Edisi khas ini juga akan diiringi dengan aksesori untuk membantu peranti diletakkan secara mendatar dan turut berfungsi sebagai sarung jari untuk pegangan lebih erat.