Mrwhosetheboss- Huawei Mate 30 Pro Mendapat Markah Tertinggi Dalam Ujian Kamera



Nama Mrwhosetheboss mungkin sudah tidak asing lagi buat para peminat telefon pintar seluruh dunia. Bagi yang belum mengenali siapa Mrwhosetheboss, beliau merupakan seorang pengulas gajet terkenal di Youtube dan beliau sering membuat perbandingan mengenai telefon pintar.

Baru-baru ini, beliau telah memuatnaik video terbarunya yang bertajuk "Huawei Mate 30 Pro vs Iphone 11 Pro Max vs Samsung Note 10 Plus Camera Test Comparison", di mana ia merupakan video mengenai perbandingan kamera antara tiga peranti terunggul ketika ini.



Bagi kategori pertama, Mrwhosetheboss atau juga dikenali sebagai Arun membuat perbandingan mengenai kualiti video ketiga-tiga peranti ini.

Ketiga-tiga peranti tersebut mampu merekod video dengan kualiti 4K 60fps. Menurut beliau, Iphone 11 Pro Max mempunyai warna yang paling natural antara ketiga-tiga peranti manakala dari segi "dynamic range" Huawei Mate 30 Pro dilihat kurang memuaskan.

Dari segi video gerak perlahan di mana ia merupakan kekuatan bagi Huawei Mate 30 Pro kerana ia berupaya merakam video gerak perlahan dengan kelajuan 7680fps jauh meninggalkan Samsung Note 10 Plus dengan hanya 960fps sahaja.



Dari segi gambar pula, menurut Mrwhosetheboss, ketiga-tiga peranti ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi Iphone 11 Pro Max, ia mempunyai kelebihan dari segi "dynamic range" dengan penggunaan Smart HDR namun ketiga-tiga peranti dilihat mempunyai kualiti imej yang lebih kurang sama.

Dari segi zoom, dilihat Huawei Mate 30 Pro mempunyai kelebihan kerana ia mempunyai 5x zoom optikal berbanding kedua peranti lain.





Seterusnya dari segi potrait/bokeh, Iphone dilihat masih menjuarai kategori ini antara ketiga-tiga peranti kerana ia mempunyai warna yang lebih "warm" dan nampak lebih natural.

Jika di-crop dengan lebih dekat, kita akan melihat imej potrait Iphone 11 Pro Max lebih jelas berbanding dua peranti tersebut.



Bagi gambar "night mode", Iphone dilihat hadir buat kali pertama dengan mod ini dan Huawei dilihat mempunyai kelebihan setelah mempunyai mod ini sejak P20 Pro lagi. Gambar Huawei dilihat lebih jelas berbanding Iphone dan Samsung.



Dari segi kamera hadapan pula, gambar potrait Iphone dilihat lebih jelas dan mempunyai warna kulit yang natural, manakala Huawei dilihat mempunyai warna kulit yang "soft" atau pudar dan kurang natural manakala Samsung juga agak pudar tetapi tidak sepudar Huawei.

Bagi kualiti video kamera hadapan pula, Huawei Mate 30 Pro hanya mempunyai rakaman 1080HD manakala Iphone 11 Pro Max mempunyai rakaman 4K 60fps dan Samsung Note 10 Plus pula 4K 30fps.



Bagi markah keseluruhan, Huawei Mate 30 Pro berada di kedudukan pertama dengan mendapat skor sebanyak 813 mata, Iphone 11 Pro Max 769 mata manakala Samsung Note 10 Plus 751 mata.

Secara kesimpulannya, beliau mengatakan bahawa kamera Iphone 11 Pro Max adalah yang paling konsisten dan paling mengagumkan antara ketiga-tiga peranti berkenaan.

Namun, oleh kerana ia kurang dari segi fungsi dan prestasi Huawei Mate 30 yang menakjubkan bagi gambar "night mode", ia berada di tempat kedua manakala Samsung Note 10 Plus di tempat ketiga.

Sumber: Mrwhosetheboss

Berkaitan