Mula dimuat naik pada laman media sosial Weibo, imej memperlihatkan rekaan skrin hadapan yang masih mengekalkan takuk lebar seperti generasi sebelumnya. Terdapat 6 lubang berada pada takuk tersebut yang bakal dihuni oleh ciri komponen seperti sensor kamera swafoto, pembesar suara pengimbas wajah dan lain-lain.
Ukuran paparan ini masih belum diketahui lagi tetapi ia dijangka tampil dengan saiz 6.71 inci QHD+ dari jenis OLED dengan dikuasakan oleh cip Kirin 985 yang masih belum dikeluarkan lagi. Sementara sebuah lagi imej yang terlebih dahulu dikongsikan minggu lalu menunjukkan sisi skrin lebih melengkung berbanding Mate 20 Pro.
Antara ciri lain yang turut diperkatakan hadir melengkapkan Mate 30 Pro adalah bateri berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W bersama-sama keboleh pengecasan tanpa wayar berbalik dengan daya 10W.
Sumber: PocketNow
Berkaitan
- Nama POCO M2 Pro Dikesan, Mungkinkah Peranti Pertengahan Dari POCO?
- realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- OPPO R9s Kini Dijual Pada Harga Promosi RM1598
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- Huawei Enjoy 8 - Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris
- China Beri Peringatan Kepada Perancis Berkenaan Pengecualian Huawei Dari Pembangunan 5G
- Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 - Ada ANC Dan IPX7
- Ini Mungkin Huawei Nova 4, Skrin Paparan Tanpa Takuk Tapi Dengan Lubang
- Kini Giliran ARM Pula Menghentikan Hubungan Dengan Huawei
- Dua Tablet Huawei, Memori Lebih Besar Dan Harga Bawah RM1000 Akan Dijual Isnin Ini