Huawei Mate 30 Pro Dikatakan Akan Hadir Dengan Tetapan 5 Kamera Utama

Ketika Nokia 9 Pureview dengan lima kamera masih lagi menunggu untuk dilancarkan, kini timbul pula ura-ura mengenai perancangan Huawei untuk memperkenalkan peranti dengan tetapan sama pada tahun ini.

Huawei Mate 30 Pro dikatakan akan mempunyai lima kamera, menurut satu rekaan paten yang dikeluarkan di China baru-baru ini.

Bagaimanapun, rekaan tersebut bukanlah paten bagi peranti Mate 30 Pro, tetapi bagi kerangka peranti berkenaan.

Mobielkopen

Melihat kepada rekaan itu, ruangan bagi kamera belakang peranti adalah agak besar berbanding kerangka milik Mate 20 Pro.

Ia seolah-olah bagi menggambarkan penggunaan lensa kamera utama yang lebih banyak.

Selain itu, Huawei juga dijangka akan terus bekerjasama dengan syarikat Leica dalam membekalkan lensa kamera bagi peranti-peranti mereka pada tahun ini, termasuklah Mate 30 Pro kelak.

Mengambil kira pelancaran Mate 20 Pro tempoh hari, Huawei dijangka akan memperkenalkan peranti berkenaan pada suku terakhir tahun ini.

 

Sumber: CNIPA via Mobielkopen

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408