Huawei Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 Di Malaysia - Akan Mula Dijual 7 Februari Ini

Huawei Malaysia hari ini baru sahaja mengumumkan Mate 30 Pro 5G akan mula menjengah pasaran Malaysia bermula 7 Februari ini. Sebelum ini mereka telah menyatakan bahawa ini merupakan peranti 5G pertama di pasaran dan juga telah mendapat pengesahan SIRIM.



Menariknya, peranti ini tetap boleh dibeli walaupun rangkaian 5G belum boleh digunakan lagi secara awam. Bermula 7 Februari ini, Mate 30 Pro 5G akan dijual di Malaysia melalui kedai fizikal Huawei Experience dan juga syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan U Mobile. Untuk Digi pula ia akan tersedia pada tarikh yang selanjutnya.

 

Berbeza dengan varian Mate 30 Pro biasa, versi 5G ini dijana oleh Kirin 990 5G dengan proses 7nm+ EUV. Peranti juga menyokong rangkaian 5G SA dan juga 5G NSA. Harga Huawei Mate 30 Pro dijual pada RM4,199 dan pembelian peranti akan disertakan dengan pengecas Wireless In-Car SuperCharge serta waranti peranti selama 1 tahun.

Jika anda mahu membaca ulasan ringkas kami mengenai peranti ini dan juga pengalaman menggunakan 5G, boleh ke pautan yang disertakan di bawah. Untuk maklumat lanjut mengenai produk anda boleh layari laman rasmi Huawei Malaysia.