Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei pertama 5g

Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Jadi Peranti Pertama Rasmi Untuk Guna Rangkaian 5G Di Malaysia

Diterbitkan Januari 8, 2020 ยท Dikemas kini Januari 8, 2020 oleh Meor Hasyim

Penggunaan 5G di seluruh dunia akan bertambah rancak tahun ini dengan pembangunan infrastruktur dan juga kehadiran lambakan peranti 5g di pasaran. Di Malaysia, nampaknya Huawei bakal menjadi syarikat sah yang pertama untuk gunakan rangkaian 5G ini.

Melalui kiriman yang dimuat naik oleh Huawei Malaysia pada akaun rasmi Facebook, mereka mengatakan Mate 30 Pro 5G merupakan peranti pertama untuk merasmikan rangkaian tersebut.

Bersama-sama dengan kiriman, Huawei menyertakan gambar sijil pematuhan iaitu sijil pengiktirafan menandakan peranti tersebut selamat digunakan untuk rangkaian 5G.

huawei pertama 5g
Sijil Pematuhan Huawei Mate 30 Pro 5G yang dimuatnaik oleh Huawei Malaysia

Melihat dengan lebih dengan Mate 30 Pro 5G akan menggunakan 3 jenis frekuensi 5G iaitu 700MHz, 3500MHz, dan 3700MHz. Dengan 3 jenis frekuensi tersebut, ia sah akan gunakan teknologi 5G C-band bawah 6GHz.

Berkenaan dengan peranti tersebut, Huawei Mate 30 Pro 5G (panjang betul namanya) merupakan peranti yang sama dengan Mate 30 Pro biasa dengan sokongan rangkaian 5G. Ia dikuasakan oleh cip HiSilicon Kirin 990 dengan sistem 4 lensa belakang.

Tiada tarikh mengenai ketibaan peranti ini namun kemungkinan besar ia akan hadir dalam masa terdekat memandangkan Huawei ingin jadi syarikat yang pertama gunakan rangkaian 5G tersebut.

Sumber: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri
  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
©2026 WISER.MY