Huawei Mate 20X - Besar Gila

https://youtu.be/YNZe73vVwAo

Seperti yang kita tahu, Huawei telah memperkenalkan tiga model berbeza di bawah siri Mate 20 iaitu Mate 20 Pro, Mate 20 dan Mate 20 X.

Sesuai dengan namanya, Mate 20 Pro merupakan model paling premium, Mate 20 adalah model yang lebih bajet sementara Mate 20 X pula didakwa lebih menfokuskan permainan video dan produktiviti.

Selepas diberi peluang mencuba Mate 20 pada minggu lalu, kini saya berkesempatan pula mencuba sendiri kemampuan Mate 20 X. Tidak jauh beza dengan Mate 20, cip yang sama, rekaan takuk yang sama dan tetapan tri-kamera yang sama.