Huawei Mate 20 Pro Warna Twilight Dengan RAM 8GB Dan Storan 256GB Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan

Sewaktu memperkenalkan siri Mate 20 Pro, Huawei hanya menawarkan peranti dengan spesifikasi RAM 6GB beserta storan 128GB.

Kini syarikat pengeluar terkemuka tersebut bakal menambah lagi variasi dalam keluarga Mate 20 dengan menghadirkan Huawei Mate 20 Pro versi RAM 8GB dan ruang simpanan dalaman berkapasiti 256GB.



Menjanjikan prestasi yang lebih baik, ia akan ditawarkan bersama warna Twilight yang cukup sinonim dengan Huawei.



Huawei tidak menyatakan tarikh sebenar versi itu akan masuk ke pasaran tempatan tetapi memberi bayangan sesuatu yang menarik akan dihidangkan kepada peminat pada perayaan Krismas ini nanti.