Huawei Mate 20 Pro RAM 8GB Dengan Storan 256GB Akan Mula Dijual 22 Disember Ini

Huawei Malaysia hari ini telah mengesahkan kehadiran sebuah lagi variasi baru untuk model Mate 20 Pro.

Versi yang dimaksudkan adalah Huawei Mate 20 Pro yang dipertingkatkan dari segi sistem memori iaitu RAM 8GB bersama-sama storan dalaman 256GB.



Ia akan mula dijual pada hari Sabtu ini bersamaan 22 Disember 2018 pada harga RM 3999. Huawei menjanjikannya sebagai peranti lebih pantas dan ruang simpanan yang lebih besar, versi ini ditawarkan dengan warna ikonik syarikat itu, Twilight.

Huawei Mate 20 Pro dengan RAM 8GB dan 256GB storan boleh dibeli secara dalam talian mahupun luar talian di Huawei Online Store, Lazada, SenHeng atau di Huawei Experience Store.

Setiap pembelian peranti versi ini, Huawei akan menyertakan sekali dengan pengecas tanpa wayar tetapi berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan serta sementara stok masih ada.