Huawei Mate 20 Pro Hampir Pasti Dijual Dengan Harga Lebih Murah Berbanding iPhone XS

Seperti yang diketahui ramai, Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro sah akan dilancarkan pada 16 Oktober ini. Memandangkan tarikh itu semakin hampir, beberapa syarikat pengedar di luar negara dilihat sudah pun membuka pra-tempahan bagi peranti berstatus premium Huawei berkenaan.

Salah satu daripada syarikat tersebut ialah sebuah syarikat berpangkalan di Switzerland(nama syarikat tidak dinyatakan). Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Huawei Mate 20 Pro 128GB – Fr. 999 (~RM 4,170)
  • Huawei Mate 20 128GB – Fr. 799 (~RM 3,335)
  • Huawei Mate 20 Lite 64GB – Fr. 329 (~RM 1,356)

Menurut harga yang ditawarkan dalam matawang Swiss Franc, ia jelas menunjukkan model Mate 20 Pro 128GB adalah lebih murah berbanding harga iPhone XS yang dijual di sana. iPhone XS dipasarkan di sana pada harga Fr. 1,199(~RM 5,005).

Namun, seperti biasa, harga setiap peranti itu akan sedikit berbeza di setiap negara dek kerana kadar cukai yang dikenakan adalah berlainan. Maka dengan itu, untuk mengetahui harga sebenar bagi model premium Huawei di negara ini, kita perlu menunggu sehingga ia diperkenalkan di tanahair kelak.

 

Sumber

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408