Huawei Mate 20 Pro Dijangka Menggunakan Skrin Dwi-Lengkung OLED

Huawei Mate 20 merupakan salah satu daripada peranti kelas perdana yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini. Ini kerana jualan Huawei Mate 10 adalah sangat memberansangkan dan ia termasuklah jualan bagi Huawei Mate 10 Porsche Design.

Semasa dilancarkan, peranti Mate 10 menggunakan skrin paparan jenis LCD dan selepas Huawei telah memperkenalkan pula model Mate 10 Pro, namun dengan skrin paparan jenis AMOLED. Manakala bagi Mate 10 Porsche Design pula, ia hadir dengan skrin dwi-lengkung OLED.



Sehubungan dengan itu, Huawei dilihat bakal menggunakan pendekatan yang sama pada siri Mate 20 kali ini. Mate 20 Pro dilaporkan akan turut menggunapakai skrin yang sama dengan Mate 10 Porsche Design, laporkan GizmoChina.

Ia berdasarkan laporan yang mengatakan syarikat pembekal skrin China, BOE telah membekalkan skrin berkenaan kepada Huawei secara besar-besaran. Sebelum ini, Huawei turut menerima bekalan skrin OLED melalui Samsung dan LG bagi kegunaan peranti mereka dan Honor.

Kredit : Phandroid


Peranti ini turut dikatakan akan mempunyai fungsi pengimbas cap jari dalam skrin seperti yang digunakan oleh peranti Mate 10 Porsche Design. Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak mengandungi sebarang maklumat berkaitan model Huawei Mate 20 edisi biasa.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih dianggap khabar kerana tiada sebarang maklum balas yang diterima dari pihak Huawei setakat ini. Sama-sama kita tunggu pengesahan dari mereka berkenaan peranti yang dijadual akan dilancarkan pada Oktober ini nanti.

Sumber