Huawei Mate 20 Bersama Kirin 980 Diangkat Menjadi Peranti Android Terbaik Di Geekbench

Sebuah peranti Huawei dengan kod nama LYA-L29 yang dipercayai peranti Mate 20 atau Mate 20 Pro dilihat telah berada di laman Geekbench baru-baru ini.

Peranti tersebut menggunakan Android 9 Pie, memori sebesar 6GB RAM serta hadir dengan lapan teras pemprosesan. Markah yang diterima dari penanda aras prestasi berkenaan ialah seperti berikut :

Kredit : Telefoonabonnement.nl


Menurut imej di atas, dapat disaksikan di mana peranti ini menerima markah 3,390 bagi teras tunggal dan 10,318 bagi teras pelbagai. Dengan markah sebegitu tinggi untuk teras pelbagai, peranti ini telah berjaya menewaskan semua peranti Android lain yan berada di pasaran hari ini.

Sebelum ini, Vivo NEX S dengan markah 9,160 untuk teras pelbagai merupakan peranti Android dengan markah tertinggi. Namun, Huawei Mate 20 ini masih lagi tewas jika dibandingkan dengan markah 11,472 yang dimiliki oleh iPhone Xs.

Huawei akan melancarkan Mate 20 dan Mate 20 Pro dalam satu majlis yang akan diadakan di London pada 16 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

 

Sumber