Huawei Mate 10, Tampil Dengan Dua Kemera Belakang Berjenama Leica

Mengikut gambar yang telah di siarkan, Huawei telah menambah ciri permainan dan telah memuat naik video pengenalan berkaitan kemeranya. Sudah semesti syarikat yang berpangkalan di negara China ini  akan menjadikan Mate 10  peranti utama mereka pada masa akan datang.

[embed]http://www.youtube.com/watch?v=h7pjda8ZaZI[/embed]

Mate 10 ini akan hadir  dengan  kamera 12 Megapiksel sensor warna dan 20 Megapiksel monochrome yang turut  digunakan dalam model Huawei terdahulu, Mate 9 dan P10.

Huawei Mate 10 akan menggunakan paparan ‘EntireView’ dan akan dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang akan di adakan di Munich pada 16 Oktober akan datang.

Sumber