Huawei Mate 10 Pro Mencipta Rekod Pra-Tempahan Di Eropah Barat

Peranti telefon pintar dari Huawei, Mate 10 Pro menjadi satu 'pisang panas' bagi rantau Eropah Barat menurut syarikat China itu. Huawei berkata pra-tempahan untuk peranti itu telah melebihi sasaran mereka sebanyak 100%. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Huawei P10 dan P10 Plus. Huawei Mate 10 Pro merupakan peranti utama yang terbaru dari Huawei yang menampilkan rekaan badan yang nipis dan dikuasakan oleh teknologi A.I.

Peranti itu dilancarkan di Eropah pada 16 Oktober dan menghasilkan prestasi yang memberangsangkan untuk Huawei. Mate 10 Pro mempunyai spesifikasi yang sama dengan Mate 10 tetapi dengan rekaan yang ditingkatkan dan kedudukan pengimbas cap jari diubah ke belakang peranti.



Mempunyai skrin paparan 6-inci dengan teknologi OLED HDR dan resolusi HD penuh. Cip pemprosesanya pula adalah Kirin 970 yang dianggap antara yang berkuasa di dalam pasaran ketika ini. Peranti ini juga menampilkan ruang simpanan sebesar 6GB RAM dan 128GB ROM.