Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Boleh Guna Ciri VoWiFi Bermula 30 Januari Ini

Berita baik buat pemilik Huawei Mate 10 serta Mate 10 Pro dimana bermula  30 Januari depan, ciri VoWiFi (Voice over WiFi) akan diaktifkan untuk kedua-dua peranti.



Untuk pemahaman anda, VoWiFi merupakan teknologi yang membolehkan anda membuat panggilan suara menerusi sambungan WiFi. Hal ini dapat menyelesaikan masalah liputan rangkaian seperti berada diluar kawasan capaian rangkaian dan lain-lain.

Difahamkan bahawa, sekiranya panggilan VoWiFi dibuat dari luar negara ke Malaysia, ia akan dicas mengikut kadar caj tempatan dan bukannya caj perayauan (roaming fee).

Buat masa sekarang, hanya terdapat dua syarikat telco tempatan yang menawarkan perkhidmatan VoWiFi ini iaitu, U Mobile dan Digi.

Dengan penambahan ciri ini, ia menjadikan Huawei sebagai jenama pertama yang menawarkan VoLTE bersama VoWiFi.