Huawei- Mate 10 Akan Menjadi Pencabar Utama iPhone

Huawei Mate 10 dikhabarkan dijadualkan pelancarannya pada 16 Oktober ini di Munich Germany, menurut satu laman web dari Poland, TableTowo.

Tidak banyak info yang tertiris tentang peranti ini. Menurut TableTowo lagi peranti ini akan hadir dengan paparan skrin 6.1 inci manakala Mate 10 Lite pula pada ukuran 5.8 inci sama seperti Samsung Galaxy S8.

Dari segi harga pula Mate 10 dijangka diletakkan pada lingkungan harga $1100, harga yang agak tinggi untuk sebuah telefon pintar. TableTowo juga merupakan sumber yang belum pernah didengari sebelum ini jadi kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang kesahihan berita ini.

Ketua Bahagian Pengguna Huawei, Richard Yu sebelum ini pernah berkata Huawei Mate 10 akan menjadi peranti paling unggul yang pernah mereka perkenalkan di pasaran dan mereka menjangkakan akan menjadi peranti utama dalam pertembungan dengan iPhone di pasaran.

Menurutnya lagi, peranti ini akan membawakan paparan tanpa bezel(EntireView), kamera yang lebih dasyat dan bateri yang tahan lebih lama. Dengan berita kerjasama mereka dengan syarikat pemasaranĀ AT&T, dilihat impian mereka untuk menumpaskan iPhone agak cerah.

Sumber