Apa yang menarik bagi TV pintar Huawei kali ini ialah ia didatangkan dengan teknologi terbaru, Huawei MeeTime.
Huawei MeeTime adalah kamera pra-pasang yang membolehkan pengguna membuat panggilan video berdefinisi tinggi (1080p). Dengan sambungan Intelligent Bandwith Adjustment, ia membantu sambungan rangkaian sewajarnya untuk mendapat panggilan video yang lebih lancar, tajam, dan jelas.
Selain itu, ia juga mempunyai paparan 4K Ultra HD dengan kadar segar setinggi 120Hz. Ia juga ditambah dengan Advanced Motion Estimation and Motion Compensation (MEMC) yang memberi pergerakan lancar serta menangkap setiap butir terperinci di paparan.
Huawei Vision S juga mempunyai fungsi OneHop iaitu fungsi kawalan melalui telefon pintar. Pengguna kini boleh memaparkan skrin telefon ke paparan lebih besar serta mengawal paparan TV dengan hanya menggunakan fungsi kawalan pintar.
https://www.youtube.com/watch?v=uXcLpOA3qEI&ab_channel=WiserMy
Menurut GizmoChina, tarikh perlancaran Huawei Vision adalah pada 20 April 2021 ini. Sempatlah kumpul duit untuk beli TV ada kamera ni sebagai perabot hari raya nanti.
Sumber: siaran akhbar Huawei
Berkaitan
- Ramai Tak Tahu, Ini Helah Guna Aplikasi Google Dengan Sah Di Siri HUAWEI Mate50 Dan Peranti HUAWEI Yang Lain
- Pra Tempahan HUAWEI Watch 3 Series Dibuka, Percuma Hadiah Bernilai RM828
- Huawei Memberi Perkhabaran MateBook Terbaru Untuk Pasaran Malaysia
- HUAWEI Matepad Pro Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini
- Diskaun RM300, Hadiah Premium Dan Banyak Lagi Di Raya Huawei
- 5 Sebab Mengapa Huawei MateBook 14 Sesuai Menggantikan Komputer Riba Lama Anda
- Apple TV 4K Dengan Cip A12 Bionic Diperkenal
- Telefon Pintar Huawei Seterusnya Dari Jenis Boleh Lipat Dan Berkebolehan 5G
- Skrin Huawei Masuk Malaysia Minggu Depan
- Huawei Mengalukan Nova 2S Di China Pada 7 Disember