Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image 1

Huawei Malaysia Nak Bawa Masuk Skrin Pintar Ada Kamera

Diterbitkan April 13, 2021 · Dikemas kini April 14, 2021 oleh Wiser MY

Selepas perlancarannya di China Disember tahun lepas, barisan TV pintar Huawei Vision S bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama diluar China untuk menerima TV pintar berukuran 65 inci dan 55 inci ini.

tv huawei ada kamera

Apa yang menarik bagi TV pintar Huawei kali ini ialah ia didatangkan dengan teknologi terbaru, Huawei MeeTime.

Huawei MeeTime adalah kamera pra-pasang yang membolehkan pengguna membuat panggilan video berdefinisi tinggi (1080p). Dengan sambungan Intelligent Bandwith Adjustment, ia membantu sambungan rangkaian sewajarnya untuk mendapat panggilan video yang lebih lancar, tajam, dan jelas.

Selain itu, ia juga mempunyai paparan 4K Ultra HD dengan kadar segar setinggi 120Hz. Ia juga ditambah dengan Advanced Motion Estimation and Motion Compensation (MEMC) yang memberi pergerakan lancar serta menangkap setiap butir terperinci di paparan.

huawei smart

Huawei Vision S juga mempunyai fungsi OneHop iaitu fungsi kawalan melalui telefon pintar. Pengguna kini boleh memaparkan skrin telefon ke paparan lebih besar serta mengawal paparan TV dengan hanya menggunakan fungsi kawalan pintar.

Menurut GizmoChina, tarikh perlancaran Huawei Vision adalah pada 20 April 2021 ini. Sempatlah kumpul duit untuk beli TV ada kamera ni sebagai perabot hari raya nanti.

Sumber: siaran akhbar Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY