Huawei Mahu Aplikasi YouTube, Gmail Dan Lain-Lain Aplikasi Didalam AppGallery

Hampir setahun Huawei telah disekat daripada menggunakan aplikasi Google. Kita sedia melihat model-model terbaharu pengeluar tersebut tampil tanpa aplikasi GMS. Tiada masalah di China tetapi sedikit merumitkan untuk pengguna global seperti kita di Malaysia.

Sebagai alternatif, pengguna Huawei mempunyai pilihan untuk memuat turun platform AppGallery namun ia tidak menawarkan aplikasi seperti Gmail, YouTube dan lain-lain.

Menurut laporan daripada CNBC, pengerusi Huawei, Eric Xu mengharapkan Google boleh menawarkan aplikasi-aplikasi tersebut pada AppGallery, sepertimana yang dilakukan pada platform Apple, AppStore.

Google masih belum memberikan sebarang respon mengenai perkara ini setelah dihubungi CNBC.

Sekiranya penawaran tersebut dapat dibuat, ia dilihat mampu memberi sinar harapan buat Huawei untuk pasaran global. Ini kerana rata-rata daripada pengguna bergantung kepada aplikasi daripada Google.

Sumber: CNBC