Huawei Lancarkan Koleksi GIF Hannah Delisha Eksklusif Untuk Siri Nova 3

Perhubungan kini lebih mudah dengan adanya pelbagai aplikasi permesejan tersedia untuk dimuat turun. Malah, ada di antaranya yang tidak memerlukan sebarang kos, cuma perlu ada sambungan internet sahaja untuk digunakan.

Tambahan pula, mesej bukan sahaja disampaikan melalui penulisan tetapi boleh dinyatakan melalui cara-cara lain termasuk GIF. Bercakap mengenainya, Huawei baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi GIF khas Hannah Delisha untuk pengguna mereka.



Bagaimanapun, GIF hanya eksklusif bagi pengguna peranti siri Huawei Nova 3 dan 3i sahaja. Untuk menggunakannya, anda boleh ikuti tiga langkah mudah berikut:

  • Buka mana-mana aplikasi permesejan dan buka Swiftkey Keyboard

  • Pilih "Stickers" dan cari "Huawei PHIZ"

  • Muat turun GIF Hannah Delisha dan mula gunakannya


Sekiranya anda tidak menjumpai stickers berkenaan, guna cara ini:

  • Pergi ke Tetapan > Aplikasi > Swiftkey Keyboard dan pilih Kosongkan Data.

  • Kemudian, buka mana-mana aplikasi permesejan dan aktifkan Swiftkey Keyboard

  • Kini, sepatutnya anda boleh dapati stickers Hannah Delisha di Swiftkey Keyboard anda


 

Sumber: Huawei Malaysia