Huawei Lancar Huawei Watch GT Dan Huawei TalkBandB5, Mula Dijual November Depan

Huawei sebuah jenama besar antarabangsa telah keluar dengan sebuah jam pintar berjenama baru Huawei Watch GT. Jam ini diinspirasikan daripada teknologi terkini, reka bentuk klasik, hayat bateri ultra-tinggi, serta boleh mengesan aktiviti dan tahap kecergasan kita. Bateri peranti ini boleh bertahan sehingga 2 minggu, membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, mendaki gunung dan berlari.



Selain itu, ia menggunakan penjimatan kuasa algorithm yang inovatif membolehkan jam bertukar mood antara prestasi atau kecekapan bergantung kepada aktiviti yang anda lakukan serta sesuai digunakan semasa melakukan semua aktiviti sukan.

Huawei Watch GT  boleh mengesan aktiviti sukan yang dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan prestasi , jumlah kalori yang telah dibakar, denyutan jantung, jarak perjalanan dan kelajuan anda. Jam ini dilengkapi dengan alat seperti kompas, barometer dan ketinggian sesuatu pergunungan yang memudahkan anda melakukan aktiviti memanjat gunung serta ciri jarak 3D yang membantu mengesan kawasan yang dituju.



Peranti ini boleh menjejak tiga sistem utama satelit GPS, GLONASS, GALILIO secara serentak untuk mendapatkan kedudukan yang tepat. Reka bentuk serta gabungan "PPG Optical" dan "AI algorithms" mampu mengesan kadar denyutan jantung dengan tepat, memudahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa risau.

Dalam masa yang sama ia boleh bertindak sebagai jurulatih yang mampu membantu anda untuk kekal sihat dan melakukan pelbagai latihan yang sesuai. Huawei "Truesleep 2.0" menyediakan sebanyak 200 cadangan yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan tidur yang selesa. Spesifikasi ini terhasil hasil daripada kajian bersama Harvard Medical School CDB Centre untuk mendapatkan jawapan bagi kitaran tidur yang sebenar.

Huawei juga turut melancarkan Huawei TalkBandB5, "Bluetooh Headset" yang mengabungkan ciri kecergasan. Spesifikasinya lebih kurang sama dengan Huawei Watch GT yang boleh mengesan denyutan jantung tetapi yang membezakannya ialah paparan yang lebih luas serta bebas berbual tanpa perlu memegangnya atau "handsfree".



Huawei TalkBandB5 adalah yang pertama didatangkan dengan "high pitch dan sweet bass" for end-to-end HD audio. Spesifikasi seperti TruSeen®2.0 serta TruSleep dapat membantu dalam kesihatan kerana ia mengesan kadar denyutan jantung selama 24 jam dan mendapatkan tidur yang lebih selesa. Ia mempunyai ketahanan bateri sehingga beberapa hari bergantung kepada penggunaan anda.

Anda boleh mendapatkan HUAWEI WATCH GT bermula pada 6 November depan manakala HUAWEI TalkBand 5 akan berada di pasaran pada akhir bulan November. Ia boleh didapati di cawangan Huawei Experience Stores and Huawei Online Store. Peranti ini dijual mengikut reka bentuknya, bagi Classic  dijual pada harga RM999 dan Sport pula pada harga RM899. Begitu juga dengan HUAWEI TalkBand 5 harga mengikut warna, Brown dijual dengan harga RM699 manakala Black dijual pada harga RM599.