Huawei Kongsikan Cara Mudah Bertukar Dari Telefon Lama Kepada Mate 20

Siri Mate 20 keluaran Huawei sedia diperkenalkan untuk pasaran Malaysia hujung minggu lalu. Rata-rata peminat menunjukkan minat terhadap peranti flagship keluaran syarikat China itu.

Walaupunbegitu, masih terdapat peminat yang takut-takut untuk bertukar kepada model baru tersebut. Bukan kerana tiada duit, tetapi tidak tahu cara mudah untuk memindahkan data daripada telefon pintar lama kepada yang baru.

Ya, masih ada segelintir pengguna sebegitu lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang arif dengan teknologi semasa.

Banyak cara yang memudahkan pemindahan data dari telefon lama ke peranti baru seperti membuat backup pada storan awan dan lain-lain.

Bagi yang masih bingung, Huawei ada solusi untuk anda menerusi aplikasi Phone Clone. Pemindahan dapat dibuat semudah 3 langkah bergambar berikut. Sebelum itu, pastikan anda memuat turun Phone Clone pada kedua-dua peranti baru dan lama.

1. Langkah pertama adalah jana kod QR pada telefon pintar Huawei baru anda dengan cara menekan butang THIS IS THE NEW PHONE. Bagi pengguna iPhone pula, sambunga WiFi akan dimulakan.



 

2. Selepas itu tekan butang THIS IS THE OLD PHONE pada telefon pintar lama dan imbas kod QR pada telefon Huawei anda yang baru. Untuk pengguna iPhone, pilih Huawei WiFi Hotspot dan masukkan kata laluan.

 

3. Langkah terakhir, setelah sambungan siap dilakukan, pilih data seperti gambar dan video yang mahu dipindahkan kepada telefon pintar Huawei yang baru.

 

Ya, semudah itu sahaja. Jadi yang masih takut-takut untuk bertukar kepada peranti baru bolehlah gunakan cara ini.

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro sudah mula dipasarkan untuk peminat tempatan pada harga RM2799 (Mate 20) dan RM 3599 (Mate 20 Pro).

 

Muat turun Phone Clone dari Google PlayStore dan iTunes.

 

Berkaitan