Huawei Kembali Dalam Senarai SD Associations Dan WiFi Alliance

Selepas seminggu dibuang dari senarai  ahli oleh SD Association yang secara langsungnya membuatkan syarikat dari China itu tidak dapat menggunakan kad SD dan mikro SD, kini Huawei kembali ke dalam senarai tanpa sebarang notis rasmi berkenaan tentang hal ini.



Hal ini membuatkan Huawei dapat menggunakan teknologi asas ini di dalam peranti-peranti mereka sekaligus melegakan hati pengguna di luar sana. Khabar ini turut diiringi dengan penambahan semula Huawei ke dalam senarai beberapa badan lain iaitu WiFi Alliance, Bluetooth SIG, dan JEDEC(USB).

Selain itu, ketika mana hubungan antara ARM dan Huawei sudah tidak lagi terjalin, Huawei bakal memperkenalkan cip baru HiSilicon dalam masa terdekat.

Syarikat itu bakal mempersembahkan Hisilicon pertengahan baru, cip Kirin 720, dibina berasaskan proses 10nm, hasil dari asas cip  Kirin 710 yang telah diguna pakai oleh beberapa peranti HONOR dan Huawei. Fungsi NPU (Neural Processing Unit)  turut dimasukkan supaya dapat meningkatkan sistem pembelajaran AI kedalam cip premium mereka. Turut dikatakan syarikat Huawei bakal memperkenalkan Hisilicon Kirin 985.

Sumber: Giz China