Huawei Didakwa Gunakan Foto Dari Kamera DSLR Bagi Mempromosi Pertandingan Fotografi Mereka

Lagi sekali... hahaha.


Seorang jurufoto bernama Huapeng Zhao telah mendapati bahawa foto yang digunakan oleh Huawei untuk dipaparkan dalam platfom pertandingan foto anjuran mereka sebenarnya ditangkap menggunakan kamera DSLR.

Pertandingan foto yang dikenali sebagai “Next-Image Awards” 2020 itu adalah anjuran Huawei yang menyerupai pertandingan foto anjuran Apple iaitu "Shot On iPhone".

Menurut Huapeng Zhao yang merupakan bekas pemenang tempat kedua dalam pertandingan foto Shot On iPhone pada tahun 2018 dahulu, beliau mendakwa pernah melihat gambar yang digunakan oleh Huawei itu dan ia sebenarnya adalah milik jurufoto bernama Su Tie.

Kapsyen: Foto inilah yang dipertikaikan yang sebenarnya diambil menggunakan kamera DSLR milik jurufoto Su Tie.


Malah foto itu ada dikongsikan oleh pemiliknya  di dalam laman 500px. Foto tersebut diambil dengan menggunakan kamera Nikon D850 yang berharga lebih daripada RM18,000.00.

Susulan daripada isu ini, pihak Huawei telah mengeluarkan kenyataan maaf di laman sosial Weibo dengan menyatakan ia sebagai kesilapan kecil yang di salah tanda oleh pihak mereka.

Huawei juga telah bertindak membuang pernyataan bahawa foto-foto diambil menggunakan telefon pintar Huawei dalam promosi video di Weibo.

Ini bukanlah kali pertama Huawei 'kantoi' dengan isu seperti ini. Jika anda masih ingat, beberapa tahun lalu, Huawei juGA pernah dikritik kerana menggunakan kamera DSLR untuk promosi iklan mereka.

Sumber: abacus