Huawei: Kami Akan Terus Berikan Kemaskini Keselamatan & Sokongan Kepada Peranti Sedia Ada

Huawei dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan terus memberi kemaskini keselamatan dan sokongan kepada peranti-peranti sedia ada.

"Huawei akan terus memberi sokongan kemaskini keselamatan dan servis 'selepas jualan' kepada semua telefon pintar Huawei dan Honor dan tablet, termasuklah yang sudah dijual atau yang masih berada di dalam stok," kata jurucakap Huawei menerusi emel kepada Reuters.

Dalam kenyataan yang sama, Huawei juga berkata pihaknya memang ada membina 'ekosistem' yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna dan industri.

"Kami akan terus membina ekosistem yang selamat dan boleh bertahan lama.

"Sebagia salah satu rakan kerjasama Android, kami telah bekerja rapat dengan platform sumber terbuka itu untuk membina satu ekosistem yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna dan industri, " katanya.

Huawei menerima tamparan hebat susulan senarai hitam yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang mana memaksa syarikat-syarikat di negara terbabit memutuskan talian perniagaan dengan gergasi teknologi tersebut.

Sumber: Reuters