Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-05-20 at 8.45.33 PM

Huawei: Kami Akan Terus Berikan Kemaskini Keselamatan & Sokongan Kepada Peranti Sedia Ada

Diterbitkan Mei 20, 2019 oleh salor30

Huawei dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan terus memberi kemaskini keselamatan dan sokongan kepada peranti-peranti sedia ada.

“Huawei akan terus memberi sokongan kemaskini keselamatan dan servis ‘selepas jualan’ kepada semua telefon pintar Huawei dan Honor dan tablet, termasuklah yang sudah dijual atau yang masih berada di dalam stok,” kata jurucakap Huawei menerusi emel kepada Reuters.

Dalam kenyataan yang sama, Huawei juga berkata pihaknya memang ada membina ‘ekosistem’ yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna dan industri.

“Kami akan terus membina ekosistem yang selamat dan boleh bertahan lama.

“Sebagia salah satu rakan kerjasama Android, kami telah bekerja rapat dengan platform sumber terbuka itu untuk membina satu ekosistem yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna dan industri, ” katanya.

Huawei menerima tamparan hebat susulan senarai hitam yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang mana memaksa syarikat-syarikat di negara terbabit memutuskan talian perniagaan dengan gergasi teknologi tersebut.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY