Huawei Kalahkan iPhone, Meletakkan Mereka Di Tempat Ke-2 Ketika Ini

Menurut laporan yang dihasilkan oleh penganalisa dari China, Counterpoint, Huawei telah menumpaskan iPhone dalam perlumbaan syarikat pengeluar telefon terbesar di dunia dengan Huawei berada di tempat ke-2 ketika ini, iPhone jatuh ke tangga ke-3.



Seperti yang dijangka, Samsung masih lagi memegang takhta pasaran dunia walaupun jualan mereka agak merudum pada penghujung tahun 2016 dan awal tahun 2017.

Graf jualan Huawei dilihat mendatar dari Jun 2015 dan dilihat mereka sudah melepasi jualan iPhone pada bulan Julai tahun ini. Antara model yang dipertaruhkan Huawei pada tahun ini adalah seperti Huawei P10, P10 Plus, Honor 8, Honor 8 Pro dan Honor 9.



Laporan tersebut juga menyenaraikan beberapa model paling laris dijual pada bulan July dengan iPhone 7 dan 7 Plus masing-masing berada di tempat pertama dan kedua.

Manakala OPPO R11 dab A57 berada di tangga ke-3 dan ke-4. Antara nama lain yang turut tersenarai dalam telefon paling hot bulan di bulan Julai adalah seperti Galaxy S8, Xiaomi Redmi Note 4X dan S8+.

Walaupun Huawei dilihat melompat ke tangga ke-2 dalam pengeluar terbesar sehingga Julai, namun ianya agak mengejutkan apabila model mereka tidak langsung tersenarai dalam senarai 10 telefon seperti dalam gambar di atas.

 

Sumber