Huawei Jelaskan Tentang Penggunaan Kamera DSLR Dalam Iklan Nova 3

Sejak semalam internet dihebohkan dengan isu penggunaan kamera DSLR dalam iklan Nova 3 untuk pasaran Timur Tengah.

Isu terbabit mula timbul apabila salah seorang pelakon iklan terbabit, Sarah Elshamy, secara tidak sengaja memuat naik foto disebalik tabir pengambaran dalam akaun Instagram beliau.



Ekoran dari itu, ramai pihak mempertikaikan cara iklan terbabit kerana tidak menggunakan hasil rakaman dari kamera Nova 3, sebaliknya menggunakan kamera DSLR.

Mengulas lanjut perkara itu, pihak Huawei Malaysia telah memaklumkan kepada Wiser.my seperti dibawah:

"Tujuan iklan ini adalah untuk menunjukkan bagaimana pengguna boleh menggunakan ciri-ciri HUAWEI nova 3 dan nova 3i. Seperti yang dinyatakan dalam penafian pada akhir video, tangkapan produk adalah untuk rujukan sahaja."

Penafian dipenghujung video tersebut tertulis dalam bahasa Arab dan mungkin tidak disedari oleh pihak lain.