0

Antara komponen penting dalam sesebuah telefon pintar adalah bahagian bateri. Menguasakan peranti dari hari ke hari, prestasinya mungkin sudah tidak sebaik ketika mula-mula anda menggunakannya.

Kini memberi peluang pemilik telefon pintar Huawei mendapatkan bateri tulen, Huawei mengadakan program penukaran bateri hanya pada harga RM99.

Ia sudahpun bermula sejak 8 April yang lalu dan akan berjalan sehingga 7 Mei 2019. Harga yang ditawarkan itu sudah termasuk sekali dengan nilai bateri dan caj perkhidmatan untuk menukarnya.

Program tukar bateri RM99 ini melibatkan 19 model terpilih iaitu:

Siri Mate

  1. Mate 9
  2. Mate 9 Pro
  3. Mate 10
  4. Mate 10 Pro

Siri P

  1. P9
  2. P9 Plus
  3. P9 Lite
  4. P10
  5. P10 Plus
  6. P10 Lite
  7. P20
  8. P20 Pro

Siri Nova

  1. Nova Plus
  2. Nova Lite
  3. Nova 2 Plus
  4. Nova 2 Lite
  5. Nova 2i
  6. Nova 3
  7. Nova 3e

Bagi anda yang memiliki salah satu model diatas dan menghadapi masalah bateri, bolehlah mengambil peluang ini sementara ia masih berlangsung.

Pertukaran itu dijalankan Huawei Service Centre diseluruh negara(boleh semak disini).

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like