Huawei Hukum Pekerja Selepas Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone

Setelah Samsung telah beberapa kali tertangkap membuat kicauan Twitter menggunakan iPhone, tiba giliran Huawei pula dilihat melakukan sedemikian.

Akaun rasmi Huawei Technologies(@Huawei) dikesan membuat kicauan ucapan tahun baharu menggunakan iPhone pada 31 Disember yang lalu.

Kiriman berkenaan telah dipadam tidak lama selepas itu namun seperti biasa, ada pihak(@MKBHD) yang sempat membuat tangkapan skrin.

https://twitter.com/MKBHD/status/1079963374061080576?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1079963374061080576&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.businessinsider.com%2Fhuawei-punishes-employees-after-company-tweeted-from-an-iphone-2019-1

Menyedari kejadian itu memberi kesan buruk kepada mereka, Huawei telah pun menghukum pekerja yang melakukan kesilapan tersebut.

Dua orang pekerja yang terlibat itu dilaporkan telah diturunkan pangkat sekaligus tidak lagi mengawal akaun Twitter syarikat selepas ini.

Mereka dikatakan bekerja dengan agensi yang dibayar oleh Huawei untuk mengendalikan akaun sosial media Huawei di peringkat global.

Selain diturunkan, kedua-duanya didakwa telah menerima penurunan gaji bulan sebanyak RM 3,009($730).

Kejadian ini secara tidak langsung menjadikan peringatan kepada Huawei untuk menguruskan rakan kongsi dan pembekal mereka dengan lebih baik selepas ini.

 

Sumber: Bloomberg via Business Insider