Huawei Honor 7X Peranti Pertama Dengan Beg Udara?

Huawei harini telah melancarkan peranti telefon pintar terbaru mereka iaitu honor 7X. Siri honor merupakan divisyen di bawah Huawei yang menampilkan peranti kelas pertengahan dengan harga yang lebih murah dari peranti utama mereka.



Honor 7X mengikut tema rekaan 2017,  skrin paparan penuh 5.93 inci dengan nisbah 18:9. Honor menggunakan panel paparan IPS LCD dengan resolusi 1080 x 2160 piksel (~407 ppi) untuk peranti 7X ini.



Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk Honor 7X,

  • Cip pemprosesan: HiSilicon Kirin 659 (4x2.36 GHz Cortex-A53 & 4x1.7 GHz Cortex-A5)

  • Cip grafik: Mali-T830 MP2

  • Memori: 4GB RAM & 64GB ROM (dengan sokongan micro SD sehingga 256GB)

  • Kamera utama: 16 MP (1/2.9", 1.25 µm) + 2 MP

  • Kamera hadapan: 8 MP, 1080p

  • Sistem operasi: Android 7.0 (Nougat) + EMUI 5.1

  • Bateri: 3340 mAh






Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah apabila pihak Huawei menyebut ciri yang berlainan untuk Honor 7X iaitu 'beg udara' diletakkan di dalam 4 penjuru peranti ini yang dijamin tidak akan pecah. Mereka telah menguji lebih dari 4800 telefon pintar untuk tujuan ini.





Harga yang ditawarkan untuk peranti ini ialah RM 1099 bagi 2 pilihan warna (biru & hitam). Huawei juga menawarkan harga promosi pada 18 Disember ini pada pukul 3 hingga 4 petang dengan harga RM 999 di atas talian (VMall.my & Lazada)