Mendapatkan pengalaman muzik yang terbaik secara tidak langsung akan membantu dalam menenangkan fikiran anda. Memang itu tujuan utama anda bercuti, bukan? Sehubungan dengan itu, Huawei telah memperkenalkan sistem audio Hisen 5.0 bagi membantu anda.
https://www.youtube.com/watch?v=HW9YQYwesSs
Kredit : Huawei Mobile PH Youtube
Melalui kempen #Tavelwithnova, sistem audio yang terbina di dalam peranti nova 3 dan nova 3i ini akan menganalisa kandungan audio secara automatik sebelum menetapkan tetapan terbaik bagi equalizer dalam mod audio pintar yang dijana oleh fon kepala atau fon telinga anda.
Selain itu, Histen 5.0 ini juga merupakan sistem audio 3D pelbagai saluran dengan sokongan bunyi Surround 7.1 yang hadir dengan 8 saluran. Ia sekaligus memberikan kualiti audio yang lebih realistik dan tepat, maka mendengar lagu menggunakan pembesar suara dalam bilik yang luas kini dapat dinikmati lebih baik.
Malah, ia bukan sahaja berkenaan mendengar muzik. Berbual melalui panggilan suara juga akan dapat dilakukan dengan lebih baik. Ini kerana, sistem audio ini akan membawa keluar bunyian asing daripada sekeliling anda, maka perbualan yang dibuat akan dapat didengari dengan lebih jelas.
Huawei juga telah menyediakan dua senarai main yang mengandungi pelbagai lagu terkini dan juga klasik bagi memberikan pengalaman bercuti yang terbaik bagi pengguna. Apa lagi tunggu, hiasi percutian anda dengan #Travelwithnova.
Sumber
Berkaitan
- Huawei Mungkin Lancarkan Peranti Dengan Skrin Meluncur, Dwi-Kamera Hadapan
- Huawei Y9, Satu Lagi Fon Bawah RM1,000 Yang Buat Tulang Rusuk Bergetar
- Huawei P30 Didakwa Bakal Mempunyai Kamera Setaraf Mate 20 Pro
- Huawei Dihalang Daripada Membekalkan Teknologi 5G Ke Australia
- Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex
- Jualan Black Friday Siri Y9 Huawei Bermula Dengan Harga Serendah RM799
- Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710
- Jam Pintar Terbaru Huawei Mampu Merevolusi Dunia Permainan Video Mudah Alih
- U Mobile Dan Huawei Malaysia Bekerjasama Meneroka Rangkaian 5G
- Huawei Mate 20 Bersama Kirin 980 Diangkat Menjadi Peranti Android Terbaik Di Geekbench