Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image 3

Huawei Freelace Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 399

Diterbitkan September 1, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada tahun lepas Huawei telah menghasilkan fon telinga tanpa wayar Freelace dan tahun ini Huawei telah mengumumkan versi terbaharu bagi fon telinga tersebut iaitu Freelace Pro.

Freelace Pro mempunyai fungsi pembatalan hingar yang akan memberikan pengalaman audio yang baik.

Image 7

Kapasiti bateri yang dilengkapkan adalah 150mAh dan dengan teknologi cip dual-core bluetooth, ia menjanjikan penggunaan selama 24 jam jika pembatalan hingar dinyahaktifkan.

Tambahan lagi, terdapat mod transparency dimana pengguna boleh tap pada bahagian kiri fon telinga untuk membenarkan pengguna mendengar bunyi persekitaran.

Ia juga mampu menyambung kepada dua peranti berbeza pada masa yang sama dan boleh beralih peranti dengan hanya menekan dua kali pada butang kuasa.

Ia hadir dengan tiga warna iaitu hitam, hijau dan putih tetapi hanya warna hitam ditawarkan di Malaysia buat masa ini. Jika anda berminat untuk mendapatkan Freelace Pro, ia mula dijual pada 9 September pada harga RM 399.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY