Huawei Enjoy 7S Akan Dipasarkan Secara Global Dengan Nama Huawei P Smart

Beberapa minggu yang sudah Huawei telah melancarkan peranti kelas pertengahan di pasaran China iaitu Huawei Enjoy 7S.

Seperti yang terjadi pada sesetengah model, Huawei akan menggunakan nama yang berlainan untuk pasaran diluar China. Menurut blogger terkemuka, Evan Blass,  Huawei Enjoy 7S akan dipasarkan dipasaran global dengan nama Huawei P Smart.



Ia masih mengekalkan spesifikasi yang sama tetapi nama pasaranya sahaja yang berlainan. Huawei P Smart membawakan rekaan yang agak menarik dengan skrin berukuran 5.65 inci HD penuh.

Terdapat dua kombinasi memori iaitu RAM 3GB/ storan 32GB dan RAM 4GB/ storan 64GB. Harga jualan di China adalah 1499 yuan (~RM935.67)  dan 1699 yuan (~RM1060.51), berbeza mengikut spesifikasi yang ditawarkan.

Sumber: Evan Blass