Sebahagian pekerja telah menerima berita pemecatan mereka.
Bersandarkan pada laporan terbaru Reuters hari ini yang memetik sumber dari Wall Street Journal (WSJ), Huawei Technologies Co Ltd dikatakan sedang merancang untuk memberhentikan operasi mereka secara besar-besaran di Amerika Syarikat berikutan mereka terpaksa bergelut dengan penyenaraian hitam oleh pihak Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS).
Pemberhentian operasi itu secara langsung dijangka akan turut melibatkan beratus-ratus pekerja Huawei di A.S termasuklah pekerja mereka yang berwarganegara China. Mereka diberi pilihan sama ada pulang ke negara asal mereka atau kekal bersama syarikat tersebut.
Malah sesetengah daripada pekerja Huawei di A.S telah maklum akan berita pemecatan mereka. Rancangan pemotongan kerja yang lebih terancang juga mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.
Kesan tindakan pemberhentian operasi besar-besaran itu dijangka akan memberi kesan kepada para pekerja mereka di Syarikat Futurewei Technologies yang berpusat di AS. Syarikat tersebut merupakan jabatan penyelidikan dan pembangunan Huawei yang memiliki pekerja hampir 850 orang di seluruh A.S.
Pada minggu lalu telah dilaporkan, pentadbiran Trump masih menyenaraikan Huawei sebagai senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan A.S. Ia telah disahkan oleh Setiausaha Jabatan tersebut, Wilbur Ross.
Walaubagaimanapun, beliau berkata kerajaan AS masih akan mengeluarkan lesen kepada syarikat yang ingin menjual barangan mereka kepada Huawei yang tidak memberi ancaman terhadap keselamatan negara.
Namun begitu, penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow menjelaskan, lesen yang diberikan itu hanyalah sebagai masa bertenang buat tempoh terhad sementara perbincangan perdagangan dua hala antara A.S dan China berlangsung.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Keupayaan Sistem Satelit BeiDou Kini Dapat Digunakan Huawei Mate 60 Pro
- Huawei Tidak Lagi Menggunakan Komponen Dari A.S Dalam Produk Mereka
- Jam Pintar Huawei Dikhabarkan Bakal Menjadi Yang Kedua Sokong Ciri ECG Di Malaysia
- Barisan Model Terbaru Komputer Riba Huawei Akan Tiba April Ini
- Siri Huawei P50 Dilancarkan, Hanya Menyokong Rangkaian 4G Sahaja
- Kemelut Huawei Akan Menjejaskan Keuntungan Suku Kedua Samsung Electronics
- Taiwan Memberhentikan Penjualan 3 Model Telefon Pintar Huawei Demi Maruah Negara
- Penyelidik Melaporkan Peralatan Telekomunikasi Huawei Adalah Yang Paling Kurang Selamat
- CEO Huawei Menyatakan, Pengaplikasian HongmengOS Adalah Lebih Meluas Berbanding Android
- Huawei Masih Disenarai Hitam Oleh Pentadbiran Trump