Dikatakan Huawei telah mula mencari kebarangkalian untuk menjual jenama P dan Mate seawal September 2020 lagi.
Mengikut jurucakap Huawei, mereka menafikan laporan mengenai isu penjualan ini dan tiada perancangan untuk berbuat sedemikian.
Sejak Mei 2019, jualan telefon pintar Huawei semakin merudum disebabkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.
Sekatan ini bukan sahaja menghalang dari akses Google kepada telefon Huawei, malah turut menyekat syarikat lain seperti Samsung dan Intel dari membekalkan bahan dan komponen kepada Huawei.
Sebelum ini juga kita mendengar Huawei telah menjual HONOR disebabkan mahu HONOR terus hidup tidak dibelenggu sekatan perdagangan.
Buat masa ini, Huawei masih belum membuat apa-apa tindakan rasmi malah sekadar menafikan laporan ini sahaja.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Derita Huawei Belum Berakhir, Pentadbiran Trump Batalkan Lesen Perniagaan Untuk Sejumlah Syarikat Pembekal Huawei
- Harmony OS 2.0 Diperlihatkan Untuk Telefon Huawei - Masih Sokong Aplikasi Android Dengan Antaramuka Lebih Lancar
- Huawei Terus Jatuh, Jualan Menjunam Lagi Untuk Tahun 2021
- Huawei MatePad Pro Dilancarkan - Tablet Berkuasa Dengan Rekaan Kamera Berlubang
- Qualcomm Sahkan Mereka Sedang Memohon Lesen Untuk Bekalkan Cip Kepada Huawei
- Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal
- Huawei Y6p Dijual Pada Harga RM559 - Peranti Cip Helio P22 Dengan Bateri 5000mAh
- [Ulasan] Huawei MateBook X Pro 2020 - Laptop Premium Huawei Berharga RM7,999
- Huawei Mate Xs Dilancarkan - Flagship Boleh Lipat Dengan Engsel Lebih Baik
- Huawei Memperkenalkan GameCenter - Hub Permainan Khas Dalam AppGallery