Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sweden Kini Sekat Penggunaan Jenama Huawei Dan ZTE Untuk Rangkaian 5G Di Negara Mereka

Huawei Dilaporkan Mahu Menjual Jenama Premium P Dan Mate Mereka

Diterbitkan Januari 25, 2021 oleh Meor Hasyim

Huawei kini dilaporkan dalam perbincangan awal untuk menjual jenama P dan Mate mereka. Kedua-dua jenama ini adalah merupakan siri dan model telefon mercu Huawei.

Huawei Dilaporkan Mahu Menjual Jenama Premium P Dan Mate Mereka
Huawei Mate 40 Pro

 

Dikatakan Huawei telah mula mencari kebarangkalian untuk menjual jenama P dan Mate seawal September 2020 lagi.

Mengikut jurucakap Huawei, mereka menafikan laporan mengenai isu penjualan ini dan tiada perancangan untuk berbuat sedemikian.

Sejak Mei 2019, jualan telefon pintar Huawei semakin merudum disebabkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Sekatan ini bukan sahaja menghalang dari akses Google kepada telefon Huawei, malah turut menyekat syarikat lain seperti Samsung dan Intel dari membekalkan bahan dan komponen kepada Huawei.

Sebelum ini juga kita mendengar Huawei telah menjual HONOR disebabkan mahu HONOR terus hidup tidak dibelenggu sekatan perdagangan.

Buat masa ini, Huawei masih belum membuat apa-apa tindakan rasmi malah sekadar menafikan laporan ini sahaja.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY