Huawei Dilaporkan Mahu Menggunakan Skrin OLED 6.9 Inci Dari Samsung Peranti Mereka

Jika sebelum ini syarikat Oppo dilaporkan telah memesan skrin OLED daripada Samsung, laporan terbaru daripada SamMobile menyatakan bahawa kini Samsung akan turut membekalkan skrin berkenaan kepada syarikat Huawei pula. Menurut laporan, skrin yang dipesan oleh Huawei adalah bersaiz 6.9 inci dan mungkin akan digunakan pada peranti kelas perdana mereka iaitu Huawei Mate 20.


Kredit : Huawei


Bagaimanapun, berbeza dengan Oppo, Huawei dikatakan memesan skrin OLED jenis rata dan bukannya dwi-lengkung seperti yang dipesan oleh Oppo. Peranti kelas perdana Huawei P20 dan P20 Pro sebelum ini telah menggunakan skrin jenis AMOLED. Tapi, dengan laporan berkenaan pesanan skrin OLED ini, pemerhati industri berpendapat bahawa Samsung akan terus menjadi pembekal skrin kepada peranti perdana Huawei selepas ini.

Samsung juga mengambil kesempatan atas perkara ini, di mana mereka akan dapat menguji kemampuan skrin OLED mereka pada saiz yang lebih besar. Buat masa sekarang, peranti terbesar Samsung yang menggunakan skrin ini adalah Samsung A9 Star yang mempunyai skrin AMOLED 6.28 inci. Namun, terdapat laporan bahawa Samsung Note 9 akan menggunakan skrin OLED 6.4 inci tapi masih belum ada pengesahan berkaitan perkara tersebut.

Sumber