Huawei Dilaporkan Mahu Lancarkan Televisyen 5G Pada Tahun Ini

Syarikat Huawei Technologies memang terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis produk elektronik seperti telefon pintar, jam pintar dan peralatan rumah pintar.

Terkini, mereka dikatakan bakal hadir dengan barisan produk terbaru iaitu televisyen 5G. Malah, menurut sumber Huawei mahu memperkenalkan TV 5G mereka itu seawal tahun ini.

Bukan sahaja teknologi 5G, TV itu juga dikatakan akan hadir dengan sokongan grafik 8K.

Mereka menyasarkan untuk menjadi yang pertama menghasilkan TV dengan sokongan sambungan berkenaan bagi bersaing dengan pengeluar lain seperti Samsung.

Kapsyen: SAMSUNG


Syarikat Korea itu adalah merupakan pengeluar TV terbesar dunia ketika ini. Baru-baru ini mereka juga telah mula memasarkan TV 8K mereka ke pasaran, namun ia tidak memiliki sokongan 5G.

Selain itu, Huawei juga dilaporkan mahu muncul sebagai pengeluar komputer terbesar di China dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Samsung dan Huawei sedang bersaing rapat untuk bergelar pengeluar telefon pintar utama dunia ketika ini, dan Huawei nampaknya tidak mahu Samsung terus selesa dalam segmen peralatan rumah juga.

 

Sumber: Nikkei Asian Review