Huawei Dilaporkan Akan Terjun Ke Pasaran Kad Grafik Untuk Pelayan Komputer Dalam Tahun Ini

Huawei cuba bersaing dengan Nvidia.


Berdasarkan kepada laporan oleh laman The Elec dari Korea Selatan mendedahkan bahawa firma gergasi teknologi China, Huawei akan turut mengeluarkan perkaksan kad grafik untuk pelayan komputer dalam tahun ini.

Menurut sumber yang didedahkan kepada laman itu, Huawei Technologies akan menapak di Korea Selatan dengan menubuhkan organisasi baru yang mengkhususkan bisnes teknologi awan dan kecerdasan buatan dalam usaha menembusi pasaran kad grafik pelayan komputer yang kini didominasi Nvidia.

Malah sumber itu mendakwa, Huawei sedang dalam usaha merekrut kakitangan untuk organisasi baru mereka itu dengan mendekati pekerja, bekas pekerja dan eksekutif dari Nvidia.

Pada Ogos 2019 lalu, Huawei telah pun mendedahkan Ascend 910 dengan mendakwa ia adalah 2 kali ganda lebih pantas daripada kuasa grafik yang ada pada Tesla V100 milik Nvidia.

Sebulan kemudiannya pula Huawei mengumumkan Atlas 900 AI Cluster dengan mendakwa ia sebagai perkakasan komputer terpantas di dunia untuk latihan kecerdasan buatan.

Berkaitan